Tanaman teh di Asia Selatan dan Timur Teh

Air teh ais yang popular dikawasan tropika

Teh Indian dan Ceylon biasanya diberi nama menurut kawasan asal: Darjeeling, Assam, Ceylon, dll. dan lebih lanjut lagi menurut ladang dan gred untuk daun berkualiti: contoh, "Darjeeling Lingia FTGFOP1".

Bagi teh Ceylon dari Sri Lanka nama gred menentukan saiz/gambaran teh tetapi bukan kualiti. Ketiadaan piawaian dalam gred pasaran menyukarkan untuk menggambarkannya dengan tepat. Teh Ceylon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

  1. Gred asal daun teh yang dibuat oleh peneroka teh Ceylon.
  2. Gred kepingan daun yang digunakan masa kini.

Senarai gred daun teh Ceylon:

  • Orange Pekoe (O.P.) - daun panjang, nipis, berkedut wiry yang kadang-kala mengandungi pucuk. Warna airnya ceroh light atau pucat.
  • Pekoe (Pek.) - Daun lebih pendek dan tidak begitu berkedut berbanding O.P., tetapi cecair secara umumnya mempunyai warna lebih gelap.
  • Souchong (Sou.) - Daun tebal dan bulat, dengan warna air pucat.
  • Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe (B.O.P. atau BOP) - Gred ini merupakan paling laku. Ia lebih kecil berbanding gred daun lain dan mengandungi pucuk. Airnya mempunyai warna dan rasa yang baik.
  • Pekoe Pecah Broken Pekoe (B.P.) - Besar sedikit berbanding B.O.P., dangan warna lebih pucat dalam cawan; kebanyakannya digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
  • Pekoe Souchong Pecah Broken Pekoe Souchong (B.P.S) - Lebih besar berbanding B.P. dan dengan itu lebih pucat dalam cawan, tetapi juga digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
  • Perca Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe Fannings (B.O.P.F.) - Gred ini amat laku, terutama di UK. Ia lebih kecil berbanding B.O.P. dan kebaikannya adalah cepat dibancuh, dengan warna terang dalam cawan.

Sejumlah kecil gred Tippy atau Bunga Flowery (termasuk Flowery Orange Pekoe (F.O.P) dan Flowery Broken Orange Pekoe (F.B.O.P) dihasilkan. Ia biasanya lebih mahal untuk dihasilkan berbanding gred biasa , kerana ia membabitkan pemilihan pucuk dengan tangan.

Di Assam, gred teh utama yang dihasilkan adalah flowery pekoe (FP), orange pekoe (OP), pekoe (P), pekoe souchong (PS), dan souchong (S), dengan gred teh perca BOP = Broken Orange pekoe; FOP = Flowery Orange Pekoe; TGFOP = Tippy Golden Flowery Orange Pekoe; FTGFOP = Finest Tippy Golden Flowery Orange Pekoe.

Teh China dan Jepun mempunyai nama tradisi Jepun atau China sendiri: Genmaicha (玄米茶), Houjicha (焙じ茶), Pouchong (包種茶), dll. Sesetengah nama tradisi berkait dengan kawasan penghasilan teh atau ciri-ciri muka bumi yang jelas, tetapi nama lain lebih berkaitan dengan pemprosesan teh atau rupa teh yang diproses.